Monday, November 30, 2015
Sunday, November 22, 2015
Wednesday, June 2, 2010
PETUA SEGALA PETUA
KHASIAT DAUN PEGAGA
Daun pegaga selain daripada enak di buat ulam ianya juga boleh mengubati beberapa penyakit, di antaranya ialah kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi. Selain dari itu, daun pegaga juga boleh merawat kecantikan anda.
1. SERIKAN WAJAH ANDA
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapis dan sejukkan. Setelah itu minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu tiga kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.
2. KECUTKAN PERANAKAN
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau selepas kedatangan haid, bolehlah makan pucuk pegaga dengan di buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan anda kecut.
3. MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM DI MUKA.
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.
CARANYA : Ambil sepuluh helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. Lakukan petua ini sehingga bintik-bintik hitam hilang.

SYAIR KELEBIHAN ILMU
Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun di dapati,
Sukar bercerai sehingga mati,
Harganya tidak dapat di nilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat di gunakan,
Di laut Di darat di rimba di pekan.
Masa seorang ialah taulan,
Taman bebeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan sipolan.
Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.
Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.
Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparannya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun di dapati,
Sukar bercerai sehingga mati,
Harganya tidak dapat di nilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat di gunakan,
Di laut Di darat di rimba di pekan.
Masa seorang ialah taulan,
Taman bebeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan sipolan.
Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.
Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.
Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparannya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.
Tuesday, December 15, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)